Rupa dan Warna Yang Berbeza

Cikgu ada mengatakan;

“Kawan datang dengan rupa dan warna yang berbeza”

Aku tak sangka dapat ramai kawan berlainan bangsa. Tak sedar kadangkala mereka ini hadir dengan bermacam macam karaktor. Tak boleh hadam apabila kawan-kawan ini sampai di hantar Tuhan dengan pandangan pemikiran yang berlainan.

Aku terfikir.

Kerana berlainan pendapat, kita dapat belajar erti memahami perbezaan. Kerana tak sama cara berfikir, kita belajar maksud menerima kritikan. Dengan tak sama bangsa, kita belajar menghormati tradisi mereka.

Demikian Allah mengajar kita, betapa Dia menciptakan kita dari pelbagai bangsa supaya kita saling mengenal.

“Hai manusia, sesungguhnya kami meciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-banga dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal” Al-Hujarat ayat 13.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *