Tiap kali bangun dan ingin melelapkan mata, ada waktunya aku terlupa untuk ucapkan “alhamdulillah”.
Allah, apa aku nak buat ni? Banyak benda tak selesai lagi, macam mana aku nak tenang?
Orang lain sabtu dan ahad duduk dirumah bersama keluarga adakalanya pergi jalan² tenangkan fikiran dan aku pula terpaksa bekerja.
Ya, faham.
Tapi begini.
Tidak akan tenang apabila merasa susah, kita terlupa ada banyak jenis kesusahan dalam dunia ini.
Di saat mengeluh rasa letih bekerja demi secebis gaji, ada orang lain kesusahannya membongkar tong sampah demi secubit rezeki.
Ketika merasa betapa kecilnya ruang halaman rumah kita, ada orang yang tinggal di dalam kenderaan dan tak ada ruang tamu.
Di saat rimasnya menjaga kedua ibubapa yang sudah lupa akan namanya sendiri, ada anak yatim piatu sering memanggil² ibubapa di tepi kuburan mereka.
Dan di saat kita lelah mendidik anak yang ramai, berapa orang insan menangis tak dikurniakan zuriat.
Maka terangkan pada diri, apakah ujian kesusahan kita sekarang sudah cukup hebat seperti mereka yang lain?

Bagus nih buat renungan
Bagus nih buat renungan