Awal tahun keadaan/suasana yang agak baik sekali. Menjalani kehidupan seharian yang penuh bermakna, bercuti di “Pulau Redang” pada pertengahan bulan 3. Menikmati pemandangan yang indah sebelum betul² menempuh cuti yang begitu panjang.





Akhir bulan 3, keadaan itu mulai berubah apabila negara dan seluruh dunia dibadai virus yang dipanggil covid-19. Dengan kerajaan Malaysia melaksanakan “Perintah kawalan pergerakan” menghentikan pekerjaan untuk 14 hari permulaan.
Sebagai lelaki bujang, berada dirumah dengan cuti yang panjang tanpa berbuat apa² agak sakit sekali. Tidur bukan lah ubat yang mujarab apabila berada dirumah tanpa berbuat apa².
Sehari harian tanpa buat kerja. Bangun tidur makan lepas tu layan movie dan ulang balik sampailah otak aku jem teruk. Dalam keadaan yang agak membosankan itu aku dapat order dari sepupu untuk menjadi rider penghantar makanan. Alhamdulillah, bermula dari itu aku sentiasa di atas motor.

Bermula bulan 6 selepas perintah kawalan pergerakan bersyarat dilaksanakan barulah syarikat tempat aku bekerja kembali beroperasi. Dapat travel ke Langkawi untuk kerja di site kat sana. Agak menyeronokkan selepas bercuti panjang walaupun dalam keadaan berjaga² dengan covid-19.


Perintah kawalan pergerakan tak berhenti di peringkat pertama, kembali dilaksanakan pada peringkat kedua pada bulan 10. Masa ni aku aktif sikit keluar hiking, masa ni tak buat delivery.













Tempat ke-2 aku pergi hiking ialah di air terjun sofea jane, kg Kemensah. Tempat ni tak adalah jauh sangat kalau nak dibandingkan dengan Bukit Besi.





Malam krismas naik lagi ke Bukit Besi.





Apa yang menariknya 2020 walaupun cuti panjang, gaji dapat penuh dapat buat kerja luar. Namun, ia adalah pengalaman yang tidak akan dilupakan kerana 2020 memberi pelbagai kenangan sama ada pahit mahupun manis.
