Mementingkan Kebahagiaan Diri Melebihi Segalanya.

Pernah tak kau terjumpa dengan manusia yang sangat mementingkan kebahagiaan diri melebihi segalanya?

Aku Pernah.

Aku lihat mereka tergelak macam orang ‘putus wayar’. Aku tengok mereka makan berselera tanpa sebut rasa sedap atau tak sedap.

Aku dengar mereka bersembang tanpa menyebut menyebut keburukan orang lain. Aku pandang mereka melakukan aktiviti dengan keluarga seperti itulah hari terakhir bersama.

Aku kagum melihat mereka berbahagia, mereka menikmati apa adanya.

Jumpa orang berperangai sebegini adalah anugerah terindah dalam diri sebab kadang-kadang bersama dengannya boleh mengubah mood diri. Mengeluh memang sukar dikikis dari diri sedangkan kain tudung yang baru diseterika berkedut pun mulut tak henti-henti berbunyi.

Kita juga boleh cuba berbuat begitu. Syaratnya, nikmati apa yang Allah berikan tanpa mengeluh satu per satu.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *