Semasa sekolah dulu ada seorang kawan kelas sebelah selit surat cinta dalam buku teks aku. Aku fikir dia tersilap bagi sebab tak bernama dari siapa. Jadi, oleh kerana aku seorang yang lurus bendul, maka surat itu diserahkan kepada seorang guru kelas.
Ya aku masih ingat lagi, peristiwa itu berlaku semasa aku baru tingkatan 1.
Esoknya kawan aku tu lalu tepi kelas, kebetulan meja aku di tepi tingkap.
Dia bagi amaran dekat aku dan bertanya kenapa bagi surat itu kepada cikgu? Rupanya dia sudah tahu berkenaan surat yang diserahkan pada cikgu.
Aku terkejut. Untuk aku ke surat tu? Tanya aku pada dia.
Aku mana tahu, tidak bernama. Selepas itu, kami tidak lagi bertegur sapa.
Aku ingatkan kes itu dah selesai, rupanya cikgu baca surat itu di depan semua pelajar.
Hermmm
Salah dia kerana tidak bagitahu surat yang tidak bernama itu untuk aku. Kalau tahu pasti aku akan baca dan menyimpan nya.
Kesian dia, tapi aku tengok dia style perempuan kasar sikit.
P/S: Masa sekolah kalau dengan aku kena cakap terus terang, aku tak faham sangat kiasan² ni.
