Dalam keadaan baru sahaja beberapa bulan berhenti kerja dan bercuti di kampung dengan sangat lama, saya datang ke Kuala Lumpur dan terus diberitahu oleh sepupu saya akan kerja dengan beliau di sebuah hotel 5 bintang terkemuka di Kuala Lumpur.
Dalam keadaan masih belum ada kerja saya terus menerima pelawaan beliau untuk kerja separuh masa di hotel tersebut.
Satu hari diberitahu, keesokannya terus aku memulakan kerja dan seminggu pertama aku kerja shif malam. Ya, malam biasa kurang sangat event. Tapi kalau malam minggu yang kerja mula 9 pagi akan sampai 11 malam la jawabnya.
Staf yang kerja tetap tidak digalakkan sangat buat overtime, hanya staf parttime sahaja diutamakan. Peraturan dia memang macam tu. Oh ya, saya kerja sebagai Stewarding di sana.
Tiga bulan setengah saya bekerja di sana, dua hari sebelum saya dapat tahu yang semua parttime akan direhatkan oleh majikan saya. Sebagai pekerja yang bekerja separuh masa, saya ikut saja kehendak majikan.
Rezeki saya bukan di sana. Ya mungkin ada di tempat lain.
