Balik kampung setelah 5 bulan tak balik.
Dua minggu sebelum aku balik kampung aku sudah beli tiket bas. Standby kot-kot tak sempat pula nak beli, terlepas pula nak balik kampung.
Perkara pertama yang aku tak suka naik bas adalah aku selalu akan merasa pening sejurus naik keatas bas.
Mungkin bau bas atau entahlah.
Aku sentiasa sediakan plastik dan ubat mabuk walaupun aku bukan mabuk darat. Apabila aku berasa loya nak muntah aku akan cuba untuk tidur, biasanya perkara ni agak berkesan untuk aku.
Dan apabila aku sudah sedia pening disebabkan masalah-masalah tertentu sebelum naik bas. Aku akan mengambil ubat mabuk supaya aku tidak termuntah atas bas.
Apabila sampai ke perhentian bas aku akan naik teksi pula untuk sampai kerumah. Biasanya tak ramai yang naik teksi jadi aku akan bersembang dengan pemandu teksi tentang perkembangan di kampung.
Banyak juga perubahan yang berlaku. Yang bagus mahupun yang kurang bagus.
Baru-baru ni banjir gelombang pertama datang dan kesannya paip air Syarikat Air Terengganu Utara(satu) yang melintangi sebatang sungai patah disebabkan air sungai terlalu laju dan mematahkan tiang yang menungkat paip.
Dengar cerita masih belum dibaiki, dan aku juga tiada masa untuk pergi check.
Dan banjir gelombang kedua ni meretakkan jambatan yang menyeberangi sungai yang laluan sama dengan paip air (satu) melalui jalan motosikal.
Dan aku tak lalu sebelah sana masa nak balik kerumah.
Apa-apa pun aku mengharapkan tidak berlaku perkara yang lebih buruk. Perkara yang dah lepas biarkan ia berlalu, bukan kita minta perkara buruk, mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.
Sekian dulu dari aku;
Abang Imran.
