Lelaki Bermulut Manis

Lelaki bermulut manis? Mungkin itu dianggap cliche dan perkara ini akan dinafikan sesetengah mereka yang bernama lelaki.

Ironinya, memang ramai lelaki yang pandai bermain dengan kata-kata dan membuatkan para gadis mudah jatuh cinta.

Biarpun bukan semua lelaki sama, kebanyakan lelaki yang bermulut manis itu tergolong dalam kategori buaya darat, ulat bulu dan sebagainya.

Umpama menabur gula di pinggir bibir, ramai gadis terpaut dengan kata-kata jejaka bermulut manis dan merasakan diri mereka istimewa kerana mempunyai pasangan yang sentiasa ‘menabur ayat-ayat memikat’.

Dalam kes ini, aku bukanlah jejaka yang boleh dikategerikan sebagai lelaki yang bermulut manis kerana dalam kata lain aku sudah mencuba pelbagai cara untuk memikat gadis, satu pun tidak berhasil.

Dimana silapnya. Adakah disebabkan boroi dan kantung kering.

Ok… aku sedang bermuhasabah sekarang.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *