First time aku ditahan di wad dalam seumur hidup aku sebagai seorang pesakit.
Sebelum aku bergegas ke hospital aku tersangat pening sehingga aku nak pitam. First aku pergi klinik Mediviron, doktor klinik terbabit tak boleh buat apa dan dia arahkan aku pergi check up di hospital berdekatan.
Mula-mula aku nak pergi buat ct scan saja, last2 aku dipaksa masuk wad selepas aku buat mri/ct scan. Doktor mengatakan dalam kepala ada tompokan darah iaitu pendarahan dalam kepala.
Bapak terkejut aku. Satu hari aku duduk dalam wad, doktor kat hospital Colombia juga tak dapat buat apa-apa, sampaikan nurse datang paksa aku buat mri/ct scan sekali lagi. Bahaya kot ct scan dua tiga kali, sehingga kan aku menolak permintaan nurse tersebut dengan alasan insuran tak cover aku masuk hospital.
Last2 doktor benarkan juga aku keluar selepas didesak sebab doktor juga tak tau apa jenis penyakit yang aku alami.
Keluar hospital Colombia Asia aku melawat pula ke HKL dan ditahan juga dalam satu hari. Doktor HKL kata aku kena buat mri/ct scan sekali lagi sebab film scan dari Colombia kurang jelas.
Dengan kepala tengah pening aku ikutkan saja janji jumpa apa masalah aku selalu sering pening.
Setelah dibuat mri/ct scan baru lah doktor HKL jumpa apa masalah aku. Katanya bukan pendarahan dalam kepala tapi hanyalah masalah sinus.
Tapi masalah yang kepala aku sering kali pening ni berpunca daripada cecair dalam telinga tidak seimbang dan ada kena mengena juga la dengan sinus. Doktor HKL arahkan aku jumpa doktor pakar telingga.
Setelah dibuat appointment dua bulan lagi baru aku dibenarkan jumpa doktor pakar tersebut.
Lama gila hospital kerajaan.

