Aku dan 2020
Awal tahun keadaan/suasana yang agak baik sekali. Menjalani kehidupan seharian yang penuh bermakna, bercuti di “Pulau Redang” pada pertengahan bulan 3. Menikmati pemandangan yang indah sebelum betul² menempuh cuti yang begitu panjang.
Awal tahun keadaan/suasana yang agak baik sekali. Menjalani kehidupan seharian yang penuh bermakna, bercuti di “Pulau Redang” pada pertengahan bulan 3. Menikmati pemandangan yang indah sebelum betul² menempuh cuti yang begitu panjang.
Semasa sekolah dulu ada seorang kawan kelas sebelah selit surat cinta dalam buku teks aku. Aku fikir dia tersilap bagi sebab tak bernama dari siapa. Jadi, oleh kerana aku seorang yang lurus bendul, maka surat itu diserahkan kepada seorang guru kelas. Ya aku masih ingat lagi, peristiwa itu berlaku semasa aku baru tingkatan 1.
Kawan, aku faham. Bukan selalu kau OK. Ada masanya, kau merasakan bahawa seluruh dunia tidak memahamimu. Tapi, okay. Bukan semua hari kita sempurna. Kau pernah bagitahu.
Ada masanya kita kena letak keperluan dan kepentingan orang lain mendahului kehendak dan kemahuan kita. Dan akan ada masanya nanti, kita kena letak kepercayaan dan kepentingan kita mendahului kehendak dna kemahuan orang lain.
Cikgu ada mengatakan; “Kawan datang dengan rupa dan warna yang berbeza” Aku tak sangka dapat ramai kawan berlainan bangsa. Tak sedar kadangkala mereka ini hadir dengan bermacam macam karaktor. Tak boleh hadam apabila kawan-kawan ini sampai di hantar Tuhan dengan pandangan pemikiran yang berlainan.
Keseimbang. Buat baik juga kena seimbang. Bukan semua hal kita kena angguk. Kena pandai menolak apabila orang lain meminta yang bukan sepatutnya diberi. Harus bijak bagaimana berkata ‘TIDAK’ apabila orang lain cuba memanipulasi.
Orang-orang tua pernah memberi syarahan, katanya: “Jangan marah jika orang lain tegur dan perbetulkan kesilapan”. Kadang kala orang lain ialah blind spot untuk melihat kekilafan kita. Mereka yang akan memberitahu dan penuhi keperluan kita untuk jadi lebih bagus. mereka juga sebagai cermin sisi kita untuk bersedia melihat baik buruk segala tingkah laku.
Pernah tak kau terjumpa dengan manusia yang sangat mementingkan kebahagiaan diri melebihi segalanya? Aku Pernah. Aku lihat mereka tergelak macam orang ‘putus wayar’. Aku tengok mereka makan berselera tanpa sebut rasa sedap atau tak sedap.