Bukan Semua Hari Kita Sempurna

Kawan, aku faham.

Bukan selalu kau OK. Ada masanya, kau merasakan bahawa seluruh dunia tidak memahamimu. Tapi, okay. Bukan semua hari kita sempurna.

Kau pernah bagitahu.

Ada ketika, kau merasakan bahawa semua orang membencimu. Ada waktunya, kau fikir semua orang tak suka melihat mu. Sehinggakan mahu je menjerit sekuat hati supaya semua orang mengerti bahawa kau mahu terus ‘diperhatikan’.

Okay, dengar sini.

Tak ada masalah jika kau mahu menjerit. Tak ada masalah kalau kau merasa bahawa ada harinya kau membuat salah. Tak ada masalah jika semalam kau tidak tahu buat apa-apa. Tak ada masalah sekiranya tiba-tiba kau merasakan tidak sempurna.

Apa yang paling penting ialah perlahan-lahan kau usahakan menerima diri sendiri. Terus memahami bahawa kau sudah cukup baik dan buat secukup baik. Harus di ingat bahawa kau tidak perlu mengejar yang dipanggil kesempurnaan.

Ingat, selagi kita dipanggil manusia maka, “it’s okay, not to be okay”

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *