Setiap kali aku rasa takut dan gementar menghadapi kekalahan, aku memang yakin yang tak ada seorang pun yang mampu membantu. Aku tahu, ketika itu aku hanya perlukan kekuatan diri.
Bayangkan ketika terlantar sakit, hanya diri sendiri memohon doa. Bayangkan lah ketika ketakutan di antara hidup dan mati, ada seketul diri ini saja yang meronta.
Bukan semua keadaan orang lain boleh bantu kita. Ada keadaan, kita sahaja yang boleh membantu diri sendiri.
Mana mungkin orang lain boleh menyelesaikan emosi kita. Mana mungkin orang lain boleh meringankan beban dan rasa malas kita.
Dan pada saat begitu, kita hanya perlukan Tuhan dan diri sendiri saja.

hy iam your new follower