Kita kerja ni yang paling seronok sekali apabila kita buat kerja tidak dipantau/ganggu 100% oleh majikan. Anda menerima tawaran kerja dan menerima jawatan yang anda bakal sandang dengan bangga permulaannya.
Tapi apabila sampai setengah tahun, jawatan anda tidak lagi rasa diperlukan oleh majikan walaupun anda lakukan kerja sangat bagus.
Kenapa terjadi begini?
Apa yang berlaku keatas saya, majikan tidak suka menerima idea staff sendiri dan semua kerja hanya idea majikan sahaja yang diterima walaupun idea majikan saya tidak setanding dengan idea staff.
Jadi jawatan yang dilantik hanya boneka semata-mata. Apabila sampai masa mesyuarat, majikan akan memanggil kesemua staffnya untuk mendapatkan idea baru untuk memajukan syarikat yang diterajuinya sekarang.
Tetapi apabila sampai masa untuk laksanakan idea yang dicanang oleh staff semasa mesyuarat tempoh hari, perkara ini berlaku sebaliknya. Semua idea yang diserahkan oleh staff kesemuanya tak boleh pakai, sebabnya majikan merasakan idea dia lebih terpakai walaupun dalam mesyuarat majikan bersetuju dan akan laksanakan atas dasar mesyuarat.
Sama juga dengan production, majikan sudah serahkan kerja itu kepada saya dan saya menyiapkan kertas kerja. Saya menyerahkan kepadanya, majikan sangat bersetuju dengan kertas kerja tersebut dan mengarahkan production berjalan. Production sudah separuh dalam pembuatan, tiba-tiba idea saya dicantas oleh majikan dan mengarahkan production bermula semula dengan idea dia.
Mana tak marah apabila sudah separuh production berjalan, tiba-tiba kena buat balik dari awal. Yang tak boleh tahan sikap panas baran majikan, dengan perkara remeh temeh pun boleh jadi dua tiga hari masih belum berhenti memarahi staffnya. Sikap panas baran ini lah yang menyebabkan staff mengkhianat majikannya sendiri semata-mata nak balas dendam apa yang berlaku keatasnya.
Jalan terbaik untuk mengelakkan daripada terjadinya khianat majikan semakin parah, lebih baik resign dan cari pekerjaan lain yang tidak memeningkan kepala.
Selepas resign balik kampung dua minggu untuk menenangkan fikiran, sebelum memulakan pekerjaan baru.
Kini aku tenang selepas resign kerja lama.
