Penat Jadi Dewasa
Penat jadi dewasa ni bukan sebab kerja semata-mata. Kadang² sebab kita terlalu lama pura² kuat. Dulu masa kecil, penat cuma sebab main panas-panas. Sekarang, penat sebab fikir macam² benda yang tak pernah kita minta pun.

Dulu kita fikir bila dah dewasa hidup akan jadi lebih senang. Ada duit, ada kebebasan, boleh buat apa saja tanpa perlu minta izin sesiapa. Tapi bila dah betul² masuk fasa jadi dewasa, barulah sedar rupanya banyak benda yang tak pernah diceritakan secara jujur.
Ada hari yang buat kau sedar, badan ni dah bagi lebih daripada yang sepatutnya. Bukan sebab kau malas, tapi sebab dari pagi sampai ke petang tenaga dah dicurahkan sepenuh hati. Masa tu, aku tahu aku perlukan rehat. Bukan rehat yang penuh gaya, cukup sekadar duduk diam di sebuah pondok kecil di tepi sawah.