Realiti Jadi Dewasa Masa Kini
Dulu kita fikir bila dah dewasa hidup akan jadi lebih senang. Ada duit, ada kebebasan, boleh buat apa saja tanpa perlu minta izin sesiapa. Tapi bila dah betul² masuk fasa jadi dewasa, barulah sedar rupanya banyak benda yang tak pernah diceritakan secara jujur.
