Hanya Seorang Yang Boleh Selamatkan Kamu iaitu Diri Sendiri
Setiap kali aku rasa takut dan gementar menghadapi kekalahan, aku memang yakin yang tak ada seorang pun yang mampu membantu. Aku tahu, ketika itu aku hanya perlukan kekuatan diri. Bayangkan ketika terlantar sakit, hanya diri sendiri memohon doa. Bayangkan lah ketika ketakutan di antara hidup dan mati, ada seketul diri ini saja yang meronta.
