Assalamualaikum dan salam hormat buat anda, seorang usahawan atau bakal usahawan.
Ok, kalau nak suruh saya buka restoran atau gerai untuk jual makanan memang tak dapat lah. Saya bukannya ada modal untuk sewa kedai dan buka restoran. Kalau nak buka gerai tepi jalan pun makan kos juga, dengan nak apply lesen PBT, nak kena beli canopy, meja, dapur memasak lagi dan segala bagai lah. Mahu dekat ribu ringgit juga kosnya.
Tapi satu perkara yang memang saya tak boleh nak buka gerai tepi jalan ni ialah sebab cuaca. Iyalah kalau buka gerai tepi jalan ni memang kena hadap la dengan keadaan cuaca yang tak menentu.
Bagi mereka yang berniaga tepi jalan ni memang saya salute sangat² kat diorang ni. Tapi bagi saya, saya lebih selesa untuk berniaga di rumah sahaja. Ambil pesanan melalui whatsapp, masak kemudian hantar.
Dengan cara ini saya tak perlu keluarkan kos yang banyak untuk sewa kedai atau buka gerai. Saya juga tidak perlu menghadap risiko cuaca yang tak menentu dan seringkali menjejaskan jualan. Saya hanya perlu keluarkan kos untuk beli barang mentah/memasak dan kos penghantaran sahaja.
Sejak wabak covid-19 menular, diikuti pula dengan perintah kawalan pergerakan. Memang banyak perniagaan terjejas terutama mereka yang berniaga di tepi jalan. Berbeza dengan bisnes makanan secara penghantaran. Permintaan semakin banyak.
Jadi, saya cadangkan kepada kawan² yang pernah berniaga tepi jalan sebelum ni cepat² ubah strategi dan memulakan bisnes makanan secara penghantaran. Lagipun saya selalu juga beli makanan melalui whatsapp ni, senang. Order je melalui whatsapp kemudian penjual akan hantar makanan sampai depan pintu.
Dipendekkan cerita. Ok, saya memperkenalkan sebuah e-book “Panduan Memulakan Bisnes Makanan Dan Penghantaran Dari Rumah”
