Assalamualaikum dan salam hormat buat anda seorang usahawan atau bakal usahawan.
Sekarang ni, siapa yang tak tahu pasal shopee? Shopee ni sebenarnya adalah sebuah marketplace, dalam bahasa mudah ia macam sebuah pasar. Dekat pasar mestilah ada pembeli dan juga penjualkan? Jadi rugilah kita kalau setiap kali kita ke pasar kita hanya jadi pembeli sahaja.
Apa kata kita tukar, kita tukar jadi penjual dan kita buat duit pula dengan apps Shopee tu. Kalau sebelum ini anda sudah pernah jadi penjual di Facebook atau Instagram, itu lebih mudah. Anda dah ada barang sekarang cuma perlu letak je barang² anda tu dekat shopee. Anda hanya perlu letak gambar produk, letak maklumat produk dan letak harga. Siap! Tak perlu pegang phone 24 jam sebab nak layan ‘bakal²’ pelanggan kat whatsapp yang belum tentu pun nak beli.
Tidak seperti di facebook dan instagram, kebanyakan orang buka/masuk apps tersebut adalah untuk bersosial sahaja. Cuma segelintir kecil sahaja yang masuk ke facebook dan instagram untuk cari dan beli barang. Sebab tu kalau nak beli barang kat facebook dan instagram susah sikit. Nak kena pujuk dan belai dulu customer kat whatsapp barulah mereka akan beli.
Eh! Banyak lagilah kelebihan berniaga di shopee ni. Kalau nak tahu lebih details berkenaan kelebihan berniaga di shopee ni, Download je e-book kat bawah ni:
