
Sebenarnya aku ni bukan suka sangat melawat tempat-tempat tumpuan orang ramai ni tambahan aku keseorangan pula tu.
Disebabkan cuti terlalu lama dan aku pula tak tahu kemana arah tuju, aku gagahkan juga untuk pergi melepaskan kebosanan. Masa tu aku lalu jalan Masjid Negara dan terpaksalah singgah buat sulung kalinya ke taman burung.
Macam biasa masuk dikenakan bayaran rm27 bagi yang mempunyai identiti Malaysia dan rm50 bagi warga pengembara. Bagi aku la sebagai lelaki bujang tempat ni biasa saja.


















