Dulu masa kecil, kita fikir jadi dewasa ni best.
Boleh buat keputusan sendiri, ada duit sendiri, tak kena marah sangat.
Tapi bila dah betul² dewasa baru aku faham, jadi dewasa ni sebenarnya satu fasa yang penat senyap-senyap.
Tak bising, tak drama sangat.
Tapi dia makan emosi, tenaga dan fikiran kau perlahan-lahan.
Cabaran Jadi Dewasa Paling Besar Adalah Tanggungjawab
Antara cabaran jadi dewasa yang paling berat tanggungjawab yang tak pernah habis.
Bayar bil.
Fikir pasal duit.
Fikir pasal kerja.
Fikir pasal masa depan.
Benda ni tak tunggu kau bersedia pun.
Dia datang terus, dan kau kena hadap walaupun kau penat.
Kadang² aku sendiri rasa,
“Eh, bila masa aku sign up semua ni?”
Tapi realitinya bila kau dewasa kau tak boleh lari, kau cuma boleh urus.
Penat Yang Tak Semua Orang Nampak
Dulu penat sebab main seharian.
Sekarang penat sebab terlalu banyak benda dalam kepala.
Fizikal mungkin ok tapi mental kau dah lama keletihan.
Cabaran jadi dewasa ni selalunya bukan benda besar.
Dia datang dalam bentuk:
Terlalu banyak fikir Terlalu banyak simpan perasaan Terlalu kerap pujuk diri sendiri dan peliknya kau tetap senyum depan orang lain.
Bila Kau Sedar Tak Semua Orang Akan Faham Kau
Satu lagi cabaran jadi dewasa belajar terima hakikat yang tak semua orang akan faham situasi kau.
Kau penat, tapi orang nampak kau “ok”.
Kau struggle, tapi orang kata kau “biasa je”.
Masa ni kau belajar satu benda penting:
kadang² kau cuma ada diri kau sendiri.
Dan itu bukan perkara yang lemah.
Itu tanda kau sedang belajar berdikari.
Impian Dulu vs Realiti Sekarang
Dulu impian besar sekarang fokus jadi lebih realistik.
Bukan sebab kau tak berani bermimpi tapi sebab kau dah faham harga di sebalik setiap impian.
Cabaran jadi dewasa ni buat kau belajar untuk:
• Perlahan sikit
• Pilih yang lebih penting
• Jaga diri sendiri dulu
Dan itu bukan bermaksud kau gagal, Itu bermaksud kau matang.
Belajar Jaga Diri Sendiri Tanpa Banyak Bunyi
Tak ada siapa ajar cara jadi dewasa yang betul.
Kita semua belajar sambil jalan.
Kadang betul, kadang salah. Kadang kuat, kadang tumbang.
Tapi satu benda aku sedar kau tetap bergerak walaupun perlahan.
Dan selagi kau tak berhenti kau sebenarnya sedang menang dalam cara kau sendiri.
Jadi Dewasa Memang Susah Tapi Kau Tak Lemah
Kalau hari ni kau rasa penat, kalau kau rasa hidup berat tanpa sebab yang jelas…
Percayalah, itu sebahagian daripada cabaran jadi dewasa.
Kau bukan gagal.
Kau cuma manusia yang sedang cuba bertahan.
Dan itu dah cukup hebat.
