Realiti Hidup Dewasa: Bila Aku Sedar Dunia Tak Seindah Yang Aku Bayangkan

Dulu masa kecil, aku ingat bila dah dewasa nanti hidup akan jadi lebih senang. Ada duit sendiri, bebas buat keputusan, tak perlu minta izin sesiapa. Tapi bila betul² dah masuk fasa hidup dewasa baru aku faham, realiti tak seindah angan-angan.

Hidup dewasa bukan tentang gaya tapi tentang tahan.

Dewasa Itu Bila Kau Penat Tapi Tetap Jalan

Realiti hidup dewasa yang paling awal aku sedar ialah penat bukan alasan untuk berhenti.

Kau boleh letih. Kau boleh down. Tapi tanggungjawab tetap tunggu.

Bangun pagi pergi kerja walaupun hati kosong.

Balik rumah badan lesu tapi otak masih penuh fikir.

Esoknya ulang benda sama.

Tak ada siapa tepuk bahu kau sambil cakap,

“Tak apa, rehat je hari ni.”

Hidup dewasa ajar aku satu benda, kau kena kuat walaupun kau tak rasa kuat langsung.

Duit Bukan Segalanya Tapi Hampir Segalanya

Dulu aku fikir duit cuma alat.

Sekarang aku tahu duit adalah penentu banyak benda dalam hidup dewasa.

Tanpa duit:

• Kau susah nak tenang

•Kau rasa bersalah bila tak dapat tolong orang

•Kau terpaksa telan ego

Bila dah dewasa, kau mula faham kenapa orang kejar stabil, bukan glamor.

Kenapa orang pilih kerja biasa, bukan mimpi besar yang belum tentu jadi.

Bukan sebab mereka takut.

Tapi sebab mereka ada tanggungjawab yang tak boleh gagal.

Persahabatan Juga Ada Tarikh Luput

Ini yang paling sakit sebenarnya.

Realiti hidup dewasa ialah tak semua kawan akan kekal.

Bukan sebab bergaduh.

Cuma masing² sibuk dengan hidup sendiri.

Ada yang kahwin.

Ada yang fokus kerja.

Ada yang hilang tanpa sebab.

Dan lama² kau sedar, bukan kuantiti yang penting tapi siapa yang masih ada bila kau senyap lama.

Kau Belajar Pendam Perasaan

Masa muda, kau luah semua.

Bila dewasa, kau simpan banyak.

Bukan sebab kau tak rasa apa-apa.

Tapi sebab kau tahu tak semua orang perlu tahu apa yang kau lalui.

Kau belajar senyum walaupun hati serabut.

Kau belajar diam walaupun banyak benda kau nak jeritkan.

Dan itu juga satu bentuk matang walaupun perit.

Hidup Dewasa Ajar Kau Kenal Diri Sendiri

Dalam semua kekalutan ni ada satu benda baik tentang hidup dewasa.

Kau mula kenal diri kau yang sebenar.

Apa yang kau boleh terima.

Apa yang kau tak sanggup toleransi.

Siapa yang patut kau jaga dan siapa yang patut kau lepaskan.

Kau sedar hidup ni bukan tentang impress orang lain tapi tentang hidup dengan versi diri yang kau boleh terima.

Kalau Kau Tengah Bertahan, Kau Tak Lemah

Kalau kau tengah rasa hidup dewasa ni berat, aku nak kau tahu satu benda kau normal.

Tak semua orang yang senyap tu kuat.

Dan tak semua orang yang kuat tu tak penat.

Kau masih jalan walaupun perlahan?

Itu dah cukup hebat.

Teruskan hidup, satu hari pada satu masa.

Kadang² itu je yang kita mampu buat dan itu pun dah dikira menang.

Similar Posts